*Tanpa timbalan:
Cinta adalah ketulusan hati justeru tidak perlu mengharap yang bukan-bukan demi kesenangan sendiri daripada cinta itu.Misalnya,jangan mengharap dengan mencintai pasangan,anda sering mahukan perhatian yang lebih atau berharap pasangan tidak melakukan kesalahan.semua itu hanya akan menyakitkan hati anda.
*Jangan banyak permintaan:
Jangan cemarkan cinta dengan pelbagai permintaan.Sebaliknya,belajar untuk selalu memberi yang terbaik kepada orang lain termasuk kepada pasangan melalui cinta anda.Hanya dengan cinta tulus,semua itu dapat diwujudkan.Terlalu banyak meminta hanya akan berakhir pada kepentingan peribadi sehingga tidak mampu menambahkan kematangan dalam perhubungan.Malah mungkin mampu menghancurkan jalinan kasih sayang anda.
*Jangan takut dikecewakan:
Mungkin ini sangat sukar dilakukan.Biasanya,setiap orang selalu mengindari rasa kecewa dan ingin hidup senang tanpa sebarang halangan.Untuk tetap setia kepada cinta,jangan takut dikecewakan.Pasti sesekali ada pertengkaran kecil yang membuatkan hati terluka namun jangan takut kerana ia dapat mendewasakan diri daripada kekecewaan kecil sebegitu.Apabila anda sudah mampu menghadapi situasi sukar ini,anda tetap akan setia terhadap cinta.
*Jadilah penghibur yang baik:
Tempat cinta adalah hati.Bila hati sedang terluka,seseorang memerlukan hiburan.Begitu pula bila hati pasangan sedang berduka,hiburkan dia.Cinta anda akan menggerakkan diri untuk menghiburkan dan menjadi penguat semangat untuk si dia.
*Fahami sepenuh hati:
Manusia tidak selalu berada dalam situasi yang mudah.Pasangan mungkin dalam kekecewaan,muram,putus asa atau gagal.Justeru,anda harus memahami hati pasangan dengan sepenuh hati tetapi bukan memburukkan lagi perasaannya.Misalnya,anda merungut mengenai kegagalannya atau menyalahkannya.Jauhkan diri anda daripada bersikap sedemikian.Jika anda cuba memahami hatinya,pasangan akan lebih mencintai.
*Bersyukur:
Jangan mengeluh dan mengumpat apabila anda gagal,berduka atau kecewa.Ucapkan syukur atas kurniaan itu dan penuhi hari dengan pelbagai pengalaman hidup.Bersyukur akan membuatkan anda tetap setia dalam cinta.Kekalutan hidup tidak akan membuat jiwa anda kerdil.Sebaliknya,anda akan semakin tabah dan hubungan kasih dengan pasangan akan semakin kukuh.
KITA HENDAKLAH MEMAHAMI DAN MENYAYANGI PASANGAN KITA.
No comments:
Post a Comment