Blogger Widgets Th!$ !$ My L!fe Journey: August 2011

Blog


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered by Blogger.

Follower

Powered by ShoutJax

Tuesday, August 30, 2011

Tips sihat musim perayaan

Assalamualaikum.........

Kali ini zim nak berkongsi tips dengan u all tentang hidup sihat di hari lebaran.
   Di hari lebaran,kita tidak sah jikalau tidak dijemput ke majlis rumah terbuka.Di sana kita dijamu dengan pelbagai juadah dan minuman berkolestrol tinggi seperti rendang daging,sate,lontong,mi rebus dan banyak lagi.Oleh sebab itu,pengambilan makanan berkolestrol tinggi tanpa kawalan dan berlebihan ketika musim perayaan,sekali gus menjadi punca utama masalah kesihatan masyarakat.Antaranya tips untuk kekal sihat ialah:

KURANGKAN;
Gula
~Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk bagi gula tersembunyi.Namun gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga.Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko menghidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.

Garam
~Pengambilan garam secara berlebihan membahayakan kesihatan.Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit.garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi.Pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan.Bahan makanan seperti herba boleh dijadikan pengganti dalam penyedap juadah.

Kurangkan minyak
~Apabila menjelang lebaran,masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan.ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang sedangkan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.Untuk rendang,cuba elakkan menggunakan minyak.Cukup hanya menggunakan santan kerana santan boleh bertindak sebagai minyak.Jadi,apabila minyak dan santan digunakan sekali,ia menyebabkan minyak berlebihan.


LEBIHKAN;
Buah-buahan
~Makanan ini sering dilupakan ketika menghidang juadah semasa lebaran.Gunakan buah-buahan untuk pengganti pemanis mulut.Buah-buahan pelbagai rasa,warna,bentuk dapat menarik tetamu.Buah-buahan kaya vitamin C yang amat diperlukan badan.

Sayur-sayuran
~Sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan zat mineral ini juga boleh dijadikan juadah.Kandunganya amat penting bagi tubuh dan sistem penghadaman.Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol darah.Hidangan sayuran amat penting semasa menikmati juada lebaran kerana dapat mengimbangi diet terutama selkali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam.


RISIKO PENYAKIT;
Antara penyakit pembunuh utama yang berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat:
*Barah otak
*Jantung
*Hipertensi(darah tinggi)
*Hyperlipidemia(lemak darah yang tinggi seperti kolestrol dan tringliserid)
*Barah payu dara
*Barah kolon
*Barah serviks
*Barah prostat
*Barah tulang
*Barah hepar(barah hati)
*Obesiti
*Sindrom Metabolik(berkait dengan perut buncit,lemak darah tinggi,gila darah tinggi dan tekanan darah tinggi)

RISIKO OBESITI;
*Jantung:Obesiti menyebabkan peningkatan beban kerja jantung kerana pertambahan saiz tubuh seseorang menyebabkan jantung bekerja keras mengepam darah ke seluruh jaringan tubuh.
*Paru-paru:Mengalami masalah pernafasan yang disebabkan pengecilan rongga toraks akibat pengumpulan lemak di bahagian rusuk,abdomen dan diafragma.
*Pankreas:Membina kolestrol dan risiko diabetes.
*Pundi hempedu:Berisiko menghidap penyakit batu karang.
*Sendi:Berisiko menghidap gout artriti.Berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan pada sendi,bahagian belakang dan lutut.
Jadi,rajin-rajinlah amalkan gaya hidup sihat dan bersenam.Wassalam......

Friday, August 26, 2011

Hari Raya...............

Mmmmm...............rasa macam cepat je bulan Ramadhan dah nak meninggalkan kita.

   tapi tak per insyaallah kita dapat berjumpa lagi dengan bulan yang mulia ini.
tahun ni aku just beraya one day only cause SPM is close already.....
    so scare..dah macam nak pergi berperang la plak.
ok sebelum itu aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri to all muslim,friends and my beloved family.aku wish raya cepat ni pun sebab aku dah nak balik kampung.so takut not have a time to wish.
  tahun ni aku tak beraya kat sini tapi aku beraya kat kampung..yeaaaaaaaaaaaaaaa.wwwooooooooo baaalik kampunggg.hehehe nyanyi lak dia.okla smpai di sini sajalah yer.hope i have a time to update my blog.sebelum itu dengar pantun aku...

       Bulan ramadhan hendak meninggalkan kita,
       Perasaan sedih mula terasa,
       Hari raya pula kian menjelma,
       Ucapan salam lebaran kepada semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir Dan Batin.I love u all.......Bye.Wassalam..!!!

Saturday, August 20, 2011

Tips untuk menjaga hati pasangan

Tidak mudah untuk setia kepada pasangan.Tetapi tidak bermakna anda tidak boleh berlaku setia sekiranya dia memang anda sayangi dan dia amat menyayangi anda.Pasangan harus memiliki kesetiaan,saling memahami dan hidup penuh kasih sayang sepanjang hayat.Jadi bagaimana memastikan kesetiaan itu?????


*Tanpa timbalan:
Cinta adalah ketulusan hati justeru tidak perlu mengharap yang bukan-bukan demi kesenangan sendiri daripada cinta itu.Misalnya,jangan mengharap dengan mencintai pasangan,anda sering mahukan perhatian yang lebih atau berharap pasangan tidak melakukan kesalahan.semua itu hanya akan menyakitkan hati anda.

*Jangan banyak permintaan:
Jangan cemarkan cinta dengan pelbagai permintaan.Sebaliknya,belajar untuk selalu memberi yang terbaik kepada orang lain termasuk kepada pasangan melalui cinta anda.Hanya dengan cinta tulus,semua itu dapat diwujudkan.Terlalu banyak meminta hanya akan berakhir pada kepentingan peribadi sehingga tidak mampu menambahkan kematangan dalam perhubungan.Malah mungkin mampu menghancurkan jalinan kasih sayang anda.

*Jangan takut dikecewakan:
Mungkin ini sangat sukar dilakukan.Biasanya,setiap orang selalu mengindari rasa kecewa dan ingin hidup senang tanpa sebarang halangan.Untuk tetap setia kepada cinta,jangan takut dikecewakan.Pasti sesekali ada pertengkaran kecil yang membuatkan hati terluka namun jangan takut kerana ia dapat mendewasakan diri daripada kekecewaan kecil sebegitu.Apabila anda sudah mampu menghadapi situasi sukar ini,anda tetap akan setia terhadap cinta.

*Jadilah penghibur yang baik:
Tempat cinta adalah hati.Bila hati sedang terluka,seseorang memerlukan hiburan.Begitu pula bila hati pasangan sedang berduka,hiburkan dia.Cinta anda akan menggerakkan diri untuk menghiburkan dan menjadi penguat semangat untuk si dia.

*Fahami sepenuh hati:
Manusia tidak selalu berada dalam situasi yang mudah.Pasangan mungkin dalam kekecewaan,muram,putus asa atau gagal.Justeru,anda harus memahami hati pasangan dengan sepenuh hati tetapi bukan memburukkan lagi perasaannya.Misalnya,anda merungut mengenai kegagalannya atau menyalahkannya.Jauhkan diri anda daripada bersikap sedemikian.Jika anda cuba memahami hatinya,pasangan akan lebih mencintai.

*Bersyukur:
Jangan mengeluh dan mengumpat apabila anda gagal,berduka atau kecewa.Ucapkan syukur atas kurniaan itu dan penuhi hari dengan pelbagai pengalaman hidup.Bersyukur akan membuatkan anda tetap setia dalam cinta.Kekalutan hidup tidak akan membuat jiwa anda kerdil.Sebaliknya,anda akan semakin tabah dan hubungan kasih dengan pasangan akan semakin kukuh.

KITA HENDAKLAH MEMAHAMI DAN MENYAYANGI PASANGAN KITA.
`LOVE MUST HAVE TO SACRIFICE WHEN WANT IT BE STRENGTH AND SUCCESS`

Birthday Amer

Assalamualaikum............


Alhamdulillah.....finally aku dapat juga update my blog cause before that aku ada gerak gempur.
        kali ni aku nak cite tentang the last month situation.It`s about birthday Amer,my best friend.


Mula-mula,aku,haziq,amin,ucop,mirul and Irman plan untuk buat something kat Amer iaitu baling tepung kat dia.Yela macam biasa orang buat bila hari jadi seseorang.Tapi,kitorang buat lain sikit iaitu baling tepung dengan telur.hahahah....memang wangi kalau kene.


By the way,aku,haziq,ucop,amin n mirul ada plan tersendiri.Kitorang plan iaitu selepas baling kat amer,kitorang nak baling kat irman biarpun birthday dia dah lepas.


        Memang patut pon dia kene.Yela selalu kene kan orang.The moment is my birthday,dia dah kenekan aku,ni dia pulak yang kene.hahahaha............jahat betul aku.


Nasib baik plan kitorang jadi.bengang betul irman waktu tu.malahan dia membebel.hehehe.........Itu kiranya kitorang celebrate sekali birthday dia although dah lepas.Ok thats all.Hope i have a time to update my blog again.By the way happy birthday to amer n irman.Wassalam.