Blogger Widgets Th!$ !$ My L!fe Journey: July 2011

Blog


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered by Blogger.

Follower

Powered by ShoutJax

Sunday, July 31, 2011

Bersahur dan berpuasa

Alhamdulillah...............allah telah memanjangkan umur kita untuk bertemu dengan bulan ramadhan kali ini.
               Hari ini merupakan hari pertama sahur dan berpuasa..kenyang rasanye selepas bersahur.
    mmmm.......siapa nak dengar pantun aku/????dengar ye..


bulan yang di tunggu bulan ramadhan,
bulan yang di sambut semua umat,
ibadat puasa wajib kita tunaikan,
selamat berpuasa aku ucapkan.


      hebat tak aku reka pantun ini.hehehehe...berlagak lak die..okla sampai disini je.Harap korang tak ponteng puasa la ye k wassalam..

Saturday, July 30, 2011

Berada di UTHM

wahhhhhhh......aku taip blog dengan menggunakan komputer ini di library Universiti Tun Hussein Onn.best betul.hehehe....
    jangan jealous yer.aku berada di sini pun sebab ada seminar score A in additional mathematics.
ok la sampai sini je.wassalam.

Friday, July 29, 2011

LOVE IS BEAUTIFUL

Sometime the person that we know,like with me without we realize.
                Sometime the person that we assume has only best friend,fall in love with me.
Sometime the person always hit or disturb us,is cause want we know that him/her love with me.
                Indeed we can`t read the heart content anybody except we have a power like a psychic person. Love not recognize someone is a best friend,ordinary friend,enemy or anybody.



Everybody want love in their life.
              Love need to sacrifice to get more well to own it.
Love can`t to sell or buy easierly.
              Let alone we far away with the person that we love,love can`t lost in heart.
Love  everlasting is come from heart that a honest.



Let alone the destiny decide we separate with our beloved person that we love so much,we will remember that the beautiful memory with him.

"Love is a inspiration source that need to sacrifice to own it and want with well"





Thursday, July 28, 2011

cerpen-terima kasih cikgu

TERIMA KASIH CIKGU

Jam 5.25 pagi,kedengaran seruan azan berkumandang di surau berdekatan dengan rumah Rosli.Ibu Rosli,Salmah selalu bangun awal untuk pergi bekerja.
    “Nak,bangun pergi mandi dan bersiap untuk ke sekolah”,Salmah mengejut Rosli.Rosli bangun dan terus mengambil tuala lalu masuk ke bilik air untuk mandi.
    “Sejuk betul air ni!”Rosli menggigil-gigil setelah keluar daripada bilik air.Selepas menunaikan solat subuh,Rosli terus bergegas untuk bersiap ke sekolah.
    “Ibu,Rosli pergi ke sekolah dulu”,Rosli mencium tangan Salmah.
    “Baiklah nak,hati-hati ke sekolah”,nasihat Salmah.
    Rosli merupakan anak yatim piatu yang kehilangan bapanya.Bapanya,Ismail meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung.Waktu itu,Rosli baru berusia tiga tahun.Rosli merupakan anak tunggal.Rosli dan Salmah merupakan seorang yang miskin.Salmah hanya bekerja di sebuah kilang perabot.Salmah juga mengambil upah menjahit bagi menambahkan lagi pendapatannya untuk menyara kehidupan keluarganya dan perbelanjaan persekolahan Rosli.
    Rosli terpaksa ke sekolah dengan hanya berjalan kaki.Jarak di antara rumah Rosli dengan sekolah ialah lebih kurang 5 km.Setelah sampai di sekolah,Rosli terus masuk ke kelasnya yang terletak di blok Rahman.
    “Selamat pagi kawan-kawan!”sambil Rosli berjabat tangan dengan sahabatnya
    “Selamat pagi Rosli!”sahut rakan-rakanya.
    “Mula-mula subjek apa Karim?”tanya Rosli kepada rakan yang duduk di sebelahnya.
    “Kalau tak silap aku Bahasa Melayu,”jawab Karim sambil menyemak jadual waktu belajar untuk kepastian.Loceng berbunyi menandakan bahawa waktu pembelajaran bermula.
    Bersempena dengan tahun baru untuk persekolahan,Rosli berazam untuk rajin belajar kerana tahun ini merupakan tahun penting dalam hidup Rosli.Dia akan menduduki peperiksaan SPM.
   “Selamat sejahtera,pelajar”,Cikgu Suhaila yang merupakan cikgu Bahasa Melayu memberi salam kepada pelajar setelah masuk ke kelas dan terus memulakan pengajaran.
    “Salam sejahtera cikgu”,balas pelajar.
    Loceng berbunyi sekali lagi sebanyak dua kali dan kali ini menandakan loceng waktu rehat.Semua pelajar ke kantin untuk membeli makanan kecuali Rosli.Dia tidak pergi ke kantin kerana dia tidak mempunyai duit untuk membeli makanan.Rosli duduk berseorangan di pondok.Rosli diperhatikan oleh Cikgu Ramli yang merupakan guru Bahasa Inggeris bagi kelas Rosli.
    “Rosli,kenapa kamu tidak pergi ke kantin?”tanya Cikgu Ramli kepada Rosli.
    “Sebenarnya cikgu....saya tidak ada duit untuk membeli makanan,”Rosli memberitahu dengan rasa malu.
    Dengan rasa simpati ,Cikgu Ramli memberi duit kepada Rosli supaya dia membeli makanan.
    “Nah ambil duit ni,pergi beli makanan”,pelawa Cikgu Ramli.Pada mulanya Rosli tidak mahu menerima akibat malu dan segan terhadap Cikgu Ramli.Tetapi akhirnya dia terima.
“Terima kasih banyak cikgu.Semoga cikgu di murahkan rezeki”,Rosli berterima kasih kepada Cikgu Ramli sambil menitiskan air mata.
“Sama-sama Rosli.Kamu harus makan supaya kamu dapat tumpukan pelajaran”,nasihat Cikgu Ramli terhadap Rosli.
     Selepas dua bulan berlalu,Rosli semakin tekun belajar dan bersedia untuk menghadapi ujian bulanan.Setelah ujian bulanan berakhir dan semua cikgu selesai menanda kertas ujian tersebut Rosli tidak sabar untuk menunggu keputusan.Rosli mendapat keputusan yang baik kecuali bahasa inggeris.Rosli sangat lemah dalam bahasa inggeris.
    “Harap kamu berusaha dengan gigih lagi terhadap subjek ini”,nasihat Cikgu Ramli.
    “Baik cikgu”,balas Rosli.
    Waktu pembelajaran berjalan seperti biasa setelah selesai ujian bulanan.Semua guru sibuk menyemak semula kertas ujian bersama dengan pelajar supaya pelajar dapat mengetahui kesilapan.”Saya hendak kamu semua buat pembetulan di dalam buku latihan”,arahan Cikgu Azma iaitu cikgu sejarah yang merupakan waktu dia mengajar.”Baik,cikgu”,balas pelajar.Cikgu Azma terus duduk selepas memberikan tugasan kepada pelajar.
    “Assalammualaikum,Cikgu Azma”,Cikgu Ramli memberi salam daripada luar kelas dengan mulut tercungap setelah bergegas ke kelas Rosli.
    “Walaikummussalam Cikgu Ramli,ada apa cikgu?”Cikgu Azma bertanya Cikgu Ramli apakah niat dia datang ke kelas tersebut.
    “Maaf cikgu, sebab mengganggu cikgu mengajar.Tujuan saya datang  ke sini adalah ingin berjumpa Rosli”.Rosli terus diberi keizinan daripada Cikgu Azma  untuk berjumpa dengan Cikgu Ramli.
    “Rosli,saya ingin berjumpa dengan awak adalah untuk menyampaikan berita kepada awak,harap awak bersabar”,Cikgu Ramli memegang bahu Rosli.
    “Sebenarnya,saya diberi tahu bahawa ibu awak terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu dia pulang daripada kerja dan sekarang mendapat rawatan di hospital.”Cikgu Ramli memberitahu dengan nada yang perlahan.
    “Apa cikgu!!!”,Rosli menjerit lalu mengalirkan air mata.
    Cikgu Ramli terus mengajak Rosli pergi ke hospital untuk dengan keizinan pengetua.Setelah sampai di hospital Rosli terus bergegas ke wad kecemasan dan berjumpa dengan doktor yang merawat ibunya,Salmah.
    “Doktor,apa yang telah terjadi dengan ibu saya,”Rosli bertanya dengan doctor tergesa-gesa.
    “Harap adik bersabar,ibu adik terlibat dengan kemalangan yang agak teruk sehingga menyebabkan ibu adik tidak boleh berjalan.”Doktor tersebut menerangkan kepada Rosli tentang apa yang telah berlaku kepada ibunya.
    Setelah sebulan berlalu,Rosli sudah mula kerap tidak hadir ke sekolah.Akhirnya,Rosli membuat keputusan untuk berhenti sekolah.Sewaktu di sekolah,Cikgu Ramli sedang mengajar di kelas Rosli lama.
    “Di mana Rosli dan kenapa dia sudah seminggu tidak hadir ke sekolah?”Cikgu Ramli bertanya kepada Karim.
    “Rosli sudah berhenti sekolah,cikgu”,Karim memberitahu Cikgu Rosli.Selepas tamat sekolah,Cikgu Ramli terus pergi ke rumah Rosli.
    “Assamualaikum,”Cikgu Ramli memberi salam.
    “Walaikummussalam,Cikgu Ramli rupanya.Silakan masuk cikgu,”Rosli mengajak Cikgu Ramli masuk ke dalam rumahnya.
    “Kenapa kamu berhenti sekolah Rosli?Kamu tahukan kamu akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini,”Cikgu Ramli bertanya kepada Rosli dengan muka yang serius.
    Rosli tunduk dan rasa bersalah.
    “Sebenarnya cikgu,saya behenti sekolah sebab saya terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan saya dan ibu saya memandangkan ibu saya tidak boleh bekerja lagi,”Rosli sekadar menundukkan kepalanya.
    “Begitu rupanya,kalau macam tu saya akan berusaha untuk mendapat awak biasiswa sekolah asalkan awak mahu untuk ke sekolah dan menduduki peperiksaan SPM.Tentang masalah ibu awak,saya akan uruskan,”Cikgu Ramli memegang bahu Rosli.
    “Baik sungguh hati cikgu.Tidak dapat saya hendak balas”,Rosli berasa bersyukur kerana Cikgu Ramli sanggup  menolong dia.
    “Tidak mengapa Rosli,saya tolong awak dengan ikhlas dan saya sudah menganggap awak sebagai adik saya.Saya ingin melihat awak berjaya dan dapat mengubah hidup awak.Saya berjanji akan mengajar awak bahasa inggeris yang awak lemah itu sehingga awak pandai,”Cikgu Ramli tersenyum melihat Rosli.
    Hari ini sudah tiba saat debaran untuk semua pelajar tingkatan lima untuk mengambil menghadapi peperiksaan SPM.Semua pelajar tingkatan bersedia untuk masuk ke dewan peperiksaan,termasuklah Rosli.
    “Saya doakan awak tenang semasa menjawab kertas soalan tersebut,”kata Cikgu Ramli kepada Rosli.
    “Terima Kasih cikgu,”kata Rosli.
    Selepas selesai peperiksaan SPM,semua pelajar berasa lega dan hanya menunggu keputusan keluar tiga bulan lagi.Setelah tiga bulan berlalu,kini tibalah lagi saat debarann kali kedua iaitu ketika mengambil keputusan.Rosli dan Salmah yang hanya duduk di kerusi roda pergi bersama untuk mengambil keputusan Rosli.
    “Alhamdulillah ibu,Rosli telah mendapat 10A”Rosli lantas memeluk ibunya dan menangis kegembiraan  
    “Syukurlah kepada Allah dan tahniah nak,”Salmah menitiskan air matanya.
    “Tahniah Rosli.Kini kamu telah pun membalas budi cikgu.Cikgu berasa bangga dengan kamu ”Cikgu Ramli memeluk Rosli.
    “Terima kasih banyak cikgu sebab telah banyak membantu saya dan ibu saya serta mengajar saya sampai saya berjaya,”kata Rosli sambil dia mengelap air matanya.
    Akhirnya,Rosli melanjutkan pelajarannya ke Pusat Pengajian Matrikulasi dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk mengambil bidang perubatan.