Blogger Widgets Th!$ !$ My L!fe Journey: May 2012

Blog


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered by Blogger.

Follower

Powered by ShoutJax

Saturday, May 26, 2012

HATI BUTA DISEBABKAN 10 PERKARA

Ibrahim bin Adham,seorang ahli tasawuf yang masyhur,dikerumuni orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah.Ada di antara mereka bertanya,mengapa doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T,sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya???Maka beliau menjawab,"Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara..."Sepuluh perkara yang disebut oleh Ibrahim bin Adham ialah:


1*kamu mengenal Allah S.W.T,tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya

2*kamu mencintai Rasulullah S.A.W,tetapi menolak sunahnya

3*kamu membaca Al-Quran,tetapi kamu tidak beramal dengannya

4*kamu makan nikmat Allah S.W.T,tetapi kamu tidak mensyukuri-Nya

5*kamu berkata syaitan itu musuh kamu tidak menentangnya

6*kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya


7*kamu berkata bahawa neraka itu benar,tetapi tidak lari daripadanya


8*kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia baginya


9*kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupa keaiban sendiri


10*kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka


TANDA HATI MATI


Ibnu`Ataillah Al-Sakandari,pengarang kitab Al-Hikam dan juga seorang imam sufi berkata:
"sebahagian daripada tanda matinya hati ialah tidak merasa sedih(susah)apabila tertinggalnya suatu amal perbuatan kebaikan(kewajipan),juga tidak menyesal apabila berbuat dosa".