Blogger Widgets Th!$ !$ My L!fe Journey: Tips sihat musim perayaan

Blog


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered by Blogger.

Follower

Powered by ShoutJax

Tuesday, August 30, 2011

Tips sihat musim perayaan

Assalamualaikum.........

Kali ini zim nak berkongsi tips dengan u all tentang hidup sihat di hari lebaran.
   Di hari lebaran,kita tidak sah jikalau tidak dijemput ke majlis rumah terbuka.Di sana kita dijamu dengan pelbagai juadah dan minuman berkolestrol tinggi seperti rendang daging,sate,lontong,mi rebus dan banyak lagi.Oleh sebab itu,pengambilan makanan berkolestrol tinggi tanpa kawalan dan berlebihan ketika musim perayaan,sekali gus menjadi punca utama masalah kesihatan masyarakat.Antaranya tips untuk kekal sihat ialah:

KURANGKAN;
Gula
~Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk bagi gula tersembunyi.Namun gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga.Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko menghidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.

Garam
~Pengambilan garam secara berlebihan membahayakan kesihatan.Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit.garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi.Pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan.Bahan makanan seperti herba boleh dijadikan pengganti dalam penyedap juadah.

Kurangkan minyak
~Apabila menjelang lebaran,masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan.ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang sedangkan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.Untuk rendang,cuba elakkan menggunakan minyak.Cukup hanya menggunakan santan kerana santan boleh bertindak sebagai minyak.Jadi,apabila minyak dan santan digunakan sekali,ia menyebabkan minyak berlebihan.


LEBIHKAN;
Buah-buahan
~Makanan ini sering dilupakan ketika menghidang juadah semasa lebaran.Gunakan buah-buahan untuk pengganti pemanis mulut.Buah-buahan pelbagai rasa,warna,bentuk dapat menarik tetamu.Buah-buahan kaya vitamin C yang amat diperlukan badan.

Sayur-sayuran
~Sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan zat mineral ini juga boleh dijadikan juadah.Kandunganya amat penting bagi tubuh dan sistem penghadaman.Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol darah.Hidangan sayuran amat penting semasa menikmati juada lebaran kerana dapat mengimbangi diet terutama selkali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam.


RISIKO PENYAKIT;
Antara penyakit pembunuh utama yang berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat:
*Barah otak
*Jantung
*Hipertensi(darah tinggi)
*Hyperlipidemia(lemak darah yang tinggi seperti kolestrol dan tringliserid)
*Barah payu dara
*Barah kolon
*Barah serviks
*Barah prostat
*Barah tulang
*Barah hepar(barah hati)
*Obesiti
*Sindrom Metabolik(berkait dengan perut buncit,lemak darah tinggi,gila darah tinggi dan tekanan darah tinggi)

RISIKO OBESITI;
*Jantung:Obesiti menyebabkan peningkatan beban kerja jantung kerana pertambahan saiz tubuh seseorang menyebabkan jantung bekerja keras mengepam darah ke seluruh jaringan tubuh.
*Paru-paru:Mengalami masalah pernafasan yang disebabkan pengecilan rongga toraks akibat pengumpulan lemak di bahagian rusuk,abdomen dan diafragma.
*Pankreas:Membina kolestrol dan risiko diabetes.
*Pundi hempedu:Berisiko menghidap penyakit batu karang.
*Sendi:Berisiko menghidap gout artriti.Berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan pada sendi,bahagian belakang dan lutut.
Jadi,rajin-rajinlah amalkan gaya hidup sihat dan bersenam.Wassalam......

4 comments:

aRe-FeE-FaR said...

wah good info,,,tp jgn nnt x mkn plk ea..

Unknown said...

ok ifa..i`m promise..

ME CTCT said...

bende2 sehat la ct malas nk buat...hahaha... pepOwn..thank for the infO...nice entri.tq :D



http://khayalan27.blogspot.com/

Unknown said...

welcome...