Makanan dan minuman yang perlu diambil...
*1* Susu dan yogurt:
Susu dan yogurt dapat mengurangkan perkembangan barah hati.Pastikan pengambilan susu dan yogurt adalah bebas gula.
#2# Buah-buahan segar dan sayur-sayuran:
Makan 7 hingga 9 hidangan buah-buahan segar dan sayur-sayuran (organik dan bebas racun perosak).Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan harus mengandungi vitamin C dan vitamin B yang tinggi.
<3> Teh:
Teh hijau adalah salah satu minuman popular yang biasa digunakan sebagai minuman berkhasiat.
{4} Makanan berkhasiat tinggi:
Pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti oat dan berkacang adalah diperlukan.Ada dua kategori makanan berserat tinggi yang memberikan kesan yang berbeza pada tubuh.Pertama adalah serat larut dan yang kedua serat tidak larut.Serat larut seperti kacang kering,kacang peas,oat dan biji rami.Ia juga terdapat pada jeruk epal dan lobak merah.Serat larut ini membantu mengatur gula dalam darah kerana ia terikat dengan asid lemak dalam perut dan memanjangkan proses pencernaan.Selain itu,ia juga turut menurunkan tahap LDL(Low Density Lipoprotien atau dikenali sebagai"kolestrol buruk"dan membantu mengurangkan jumlah kolestrol secara keseluruhan.Untuk serat tidak larut,ia boleh ditemui dalam roti gandum,bunga kobis,kacang hijau,pada kulit buah-buahan dan sayur-sayuran berakar.Ini baik untuk proses pencernaan dan membantu pengeluaran toksin dalam badan serta mngimbangi keasidan dalam badan.
[5] Jus Delima:
Pesakit barah hati dinasihatkan untuk mengambil minuman jus delima kerana ia membantu sebagai agen pencegah.Untuk lelaki,satu lagi manfaat jus delima adalah ia juga merupakan pilihan yang berkesan bagi rawatan kanser prostat.
(6) Minyak zaitun:
Minyak zaitun dapat membersihkan hati dan memberikan fungsi tubuh kembali ke tahap optimum.Bahkan ia meningkatkan tumpuan dan tenaga.
=7= Diet bebas gula:
Perkara yang paling mustahak dalam mencegah barah hati adalah pemakanan yang bebas gula.Ini kerana pesakit diabetis mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser hati.
`8` Lemak haiwan/Lemak trans:
Pesakit barah hati harus mengelakkan daripada mengambil kedua-dua jenis lemak tersebut kerana ianya berbahaya bagi melawan penyakit kanser.
~9~ Daging merah:
Tidak digalakkan mengambil daging merah secara berlebihan atau elakkan dari mengambil daging merah.
!10! Keju:
Pesakit barah juga perlu menghindari dari memakan bijan,lada dan keju.Ini kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan barah tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment