Blogger Widgets Th!$ !$ My L!fe Journey

Blog


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered by Blogger.

Follower

Powered by ShoutJax

Sunday, October 28, 2012

Cara berdiet ketika berada di rumah

Assalamualaikum.....

Hai,hari ni zim ingin berkongsi tips cara-cara berdiet ketika berdiet di dalam rumah.Maybe,sesetengah dalam kalangan kita tidak mempunyai masa untuk bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat sepenuhnya.Sekarang zim akan beritahu tipsnya.Tips ini zim dapati daripada sehelai akhbar dan zim ingin berkongsi dngan para pembaca blog.Antara tips tersebut ialah:

  •  Makan tiga hidangan yang lengkap setiap hari.Tetapi, jika anda mempunyai keinginan untuk mengubahnya, ambil sedikit lobak merah, timun atau buah jambu.

  •  Jangan makan dengan laju, ini kerana anda makan lebih sedikit dan lebih menikmatinya.

  •  Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan.

  •  Daripada menggoreng, gunakan cara memasak yang lain seperti rebus, panggang, kukus salai dan membakar.Cara ini mengelak anda menggunakan menggunakan minyak dengan banyak.

  •  Gunakan kuali tidak melekat untuk mengurangkan penggunaan minyak masak dan lemak.  




*Selamat mencuba*^_^
                              


Tuesday, September 25, 2012

Untuk Mu...

Assalamualaikum....
Hai blog..skarang zim nak wat satu cerita pendek yg pnah zim terbaca kat fb...citer itu sngt sweet n full of teaching..hrap smua yg membca terhibur..^_^
Di suatu tmpat yg indah.
Prempuan:abg,syg nak tnya bleh x??
Laki:apa dia,syg.

Prempuan:knapa ek syg tngok stiap psangan especially prempuan,dpt hadiah yg cantik2 n agak branded drpd buah hti mreka??
Laki:mmm..laki akan wat apa saje utk kbahagiaan buah hati mreka.


Laki itu trdiam wat seketika dan hnya mnundukkan kpala.prempuan itu brasa hairan.sbenarnya laki itu fham akan kmahuan buah hati dia.pada suatu hari,prempuan itu tlah trlibat dlm satu kmalangan jln raya dan tlah mnyebabkn matanya buta kdua-duanya.brita itu diktahui oleh laki itu.Laki itu btul2 sdih bila dngar brita itu.Laki itu brgegas brjumpa dgn doktor itu.tpi utk apa ek??

Doktor:adk,skrang adk dah bleh bkak mata.adk dah bleh mlihat kmbali.
Prempuan:tapi doktor,sapa yg mnderma mata ni pda saya.
Doktor:(doktor itu hnya trsenyum lalu mnghulurkn spucuk surat kpada prempuan itu)nah adk,ada sseorng yg bgi surat ni kat adk.
Prempuan itu pun mmbukanya lalu trus mmbce surat trsebut.Rupa2 surat itu drpd buah hatinya.

Laki:syg,abg tulis surat ni sbb abg nak smpaikn ssuatu.abg mmang x mmpu utk bgi brg yg branded2 n cantik2 kat syg.tpi,apa yg abg mmpu ialah abg hnya dpt hadiahkn mata abg sndiri utk syg trus mlihat bumi Tuhan yg indah ini n rse bhagia.
Prempuan itu trus mngalirkn air matanya.dia trus mnyesali prbuatannya.

*brg bkanlah bnda yg pnting,ttapi ksih syg adalah lbih brharga dri sgalanya dan tidak boleh dibeli dan ditukar ganti.*

~Crita ni hnya rekaan smata-mata~ ^_^


Thursday, September 20, 2012

PENGALAMAN SEWAKTU MASUK KE UITM SEGAMAT

Hai blog...i miss to update my blog already..so,now i have enough time to update my blog.. ok2 saya x nak berspeaking sngt.Apa yg saya nak smpaikan ialah hanya sekadar untuk mnceritakan pengalaman yang saya hadapi sewaktu mula2 saya msuk ke UITM Segamat..Lau x silap saya 19 Jun 2012 hari pendaftaran msuk ke kampus tersebut.Pada mulanya saya berasa amat seronok,maklumla wat pertama kalinya menjejakkan kaki ke universiti.Rasa bersyukur sangt pada ilahi..Rasa debaran kian terasa waktu tu mnunggu utk keesokannya mendaftarkan diri utk kmasukan ke UITM...Bila smpai masanya,saya sdah berkobar-kobar dan terus bergegas siap utk berdaftar.Waktu berdaftar ialah pada jam 8.00 pagi.Hahaha!!waktu tu wat pertama kalinya saya belajar ikat tali leher..Berbelit-belit waktu tu..huhu!!Maklumla bdak x pnah pkai tali leherkan..ok fine..now i can tie it with myself..wohooo!!slepas dah bersiap dgn berpakaian segak,saya trus bergegas msuk ke dlm kreta..hahaha..excited pnya psal..ok2 enough..skarang stibanya saya di sna,saya btul rse nervous..Tngo,rmai student pergi berdaftar..nsib baikla mak long ada waktu tu..Dia bnyk tlong saya wat pndaftaran utk kmasukan saya kat sna..Bila smuanya slesai,akhir skali pndaftaran utk kmasukan ke kolej plak..Pada mulanya,saya dpt di kolej Taming Sari kat wing 2A..Tpi,bila kitorang msuk je kat dlm bilik tu,kitorang dapati,student sdang merokok..x bngang diwatnya..saya mmang alahan pada bau asap rokok..Tapi Alhamdulillah,mak long sdaya upaya utk mncarikn blik yg ssuai dgn persekitaran dan roommate yg x mrokok..akhirnya,saya dpt jgak blik yg roommate  yg x mrokok iaitu wing 3C no.blik C337..pada msa tu saya berkenalan dgn senior saya iaitu Abg Haikal.Dia baik orgnya n open minded.Sbelum itu,saya berterima ksih sngt2 dgn mak long sbb bnyk membantu saya.lau x de diala saya x thu nak wat cmne..Pada hati tu jgak adalah hari pertama saya msuk ke kelas..Rsa kaku jgak waktu tu..tapi alhamdulillah classmate saya smuanya x sombong..mmm.dah pnatla nak mnaip..kita proceed lain kali jela ek..ok la.tu saje yg saya nak ceritakan.nnti lau ada experience,saya critakn k..ok bye2..wassalam..
^_^



Wednesday, June 6, 2012

PETUA MENDAPAT ILMU YANG BANYAK DAN BERKAT

  • Perkara paling asas yang perlu kita miliki sebelum,semasa dan selepas menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas.Niat tersebut perlulah:
  1. Ilmu dituntut kerana Allah s.w.t.bukan kerana duniawi.
  2. Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil.
  3. Niatkan untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan memanfaatkannya dengan membantu masyarakat.
  • Jauhi maksiat yang menggelapkan hati.
  • Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada.Ilmu tidak terhad di dalam kelas dan perpustakaan malah boleh ditimba di rumah,pejabat,masjid,seminar dan sebagainya.Rasulullah s.a.w bersabda yanf bermaksud:"Hikmah(ilmu)itu umpama barang orang Mukmin yang hilang,di mana sahaja kamu jumpainya,ambillah ia."(Riwayat al-Tirmizi)
  • Ibn Abbas ditanya:`Bagaimana kamu perolehi ilmu yang banyak?"maka beliau menjawab:"Dengan banyak bertanya."Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.
  • Sekiranya seseorang terpaksa bekerja semasa menuntut ilmu,ia tidak menjadi masalah.Hendaklah dia sentiasa mengulang kaji pelajarannya dan jangan malas.Ini kerana,kefakiran dan kemiskinan seseorang itu bukan penghalang untuk menjadi alim.
  • Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan menyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah.
  • Sentiasa memohon hidayah daripada Allah dengan berdoa.Mohonlah juga moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.
  • Sentiasa memohan perlindungan kepada Allah daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu.Oleh sebab itu,ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.
  • Berusaha untuk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta.
  • Tentukan masa mengulang kaji.Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.
  • Elakkan bosan dalam belajar.Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan yang paling enak untuk minda.Sentiasalah merasa ketagihan menuntuk ilmu untuk menghambat perasaan bosan dan malas.

~Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad~  ^_^

Saturday, May 26, 2012

HATI BUTA DISEBABKAN 10 PERKARA

Ibrahim bin Adham,seorang ahli tasawuf yang masyhur,dikerumuni orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah.Ada di antara mereka bertanya,mengapa doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T,sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya???Maka beliau menjawab,"Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara..."Sepuluh perkara yang disebut oleh Ibrahim bin Adham ialah:


1*kamu mengenal Allah S.W.T,tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya

2*kamu mencintai Rasulullah S.A.W,tetapi menolak sunahnya

3*kamu membaca Al-Quran,tetapi kamu tidak beramal dengannya

4*kamu makan nikmat Allah S.W.T,tetapi kamu tidak mensyukuri-Nya

5*kamu berkata syaitan itu musuh kamu tidak menentangnya

6*kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya


7*kamu berkata bahawa neraka itu benar,tetapi tidak lari daripadanya


8*kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia baginya


9*kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupa keaiban sendiri


10*kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka


TANDA HATI MATI


Ibnu`Ataillah Al-Sakandari,pengarang kitab Al-Hikam dan juga seorang imam sufi berkata:
"sebahagian daripada tanda matinya hati ialah tidak merasa sedih(susah)apabila tertinggalnya suatu amal perbuatan kebaikan(kewajipan),juga tidak menyesal apabila berbuat dosa".





Tuesday, February 21, 2012

DIET TERBAIK UNTUK PENGHIDAP KANSER HATI

Makanan dan minuman yang perlu diambil...

*1*   Susu dan yogurt:
               Susu dan yogurt dapat mengurangkan perkembangan barah hati.Pastikan pengambilan susu dan yogurt adalah bebas gula.

#2#   Buah-buahan segar dan sayur-sayuran:
                Makan 7 hingga 9 hidangan buah-buahan segar dan sayur-sayuran (organik dan bebas racun perosak).Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan harus mengandungi vitamin C dan vitamin B yang tinggi.

<3>   Teh:
                Teh hijau adalah salah satu minuman popular yang biasa digunakan sebagai minuman berkhasiat.

{4}   Makanan berkhasiat tinggi:
                Pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti oat dan berkacang adalah diperlukan.Ada dua kategori makanan berserat tinggi yang memberikan kesan yang berbeza pada tubuh.Pertama adalah serat larut dan yang kedua serat tidak larut.Serat larut seperti kacang kering,kacang peas,oat dan biji rami.Ia juga terdapat pada jeruk epal dan lobak merah.Serat larut ini membantu mengatur gula dalam darah kerana ia terikat dengan asid lemak dalam perut dan memanjangkan proses pencernaan.Selain itu,ia juga turut menurunkan tahap LDL(Low Density Lipoprotien atau dikenali sebagai"kolestrol buruk"dan membantu mengurangkan jumlah kolestrol secara keseluruhan.Untuk serat tidak larut,ia boleh ditemui dalam roti gandum,bunga kobis,kacang hijau,pada kulit buah-buahan dan sayur-sayuran berakar.Ini baik untuk proses pencernaan dan membantu pengeluaran toksin dalam badan serta mngimbangi keasidan dalam badan.

[5]   Jus Delima:
               Pesakit barah hati dinasihatkan untuk mengambil minuman jus delima kerana ia membantu sebagai agen pencegah.Untuk lelaki,satu lagi manfaat jus delima adalah ia juga merupakan pilihan yang berkesan bagi rawatan kanser prostat.

(6)   Minyak zaitun:
               Minyak zaitun dapat membersihkan hati dan memberikan fungsi tubuh kembali ke tahap optimum.Bahkan ia meningkatkan tumpuan dan tenaga.

=7=   Diet bebas gula:
                Perkara yang paling mustahak dalam mencegah barah hati adalah pemakanan yang bebas gula.Ini kerana pesakit diabetis mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser hati.

`8`   Lemak haiwan/Lemak trans:
                Pesakit barah hati harus mengelakkan daripada mengambil kedua-dua jenis lemak tersebut kerana ianya berbahaya bagi melawan penyakit kanser.

~9~   Daging merah:
                 Tidak digalakkan mengambil daging merah secara berlebihan atau elakkan dari mengambil daging merah.

!10!   Keju:
                 Pesakit barah juga perlu menghindari dari memakan bijan,lada dan keju.Ini kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan barah tersebut.

Saturday, February 11, 2012

♥ Bila Rindu Datang ♥



♥ Bila Rindu Datang ♥

saya : jangan datang!
rindu : nakkk jugakkkkk!

saya : jangannn! saya tak suka!
rindu : takk..awak perlukan saya!

saya : saya tak nakk *tapi dengan nada yang semakin kendur dan slow, ada esak di situ*
rindu : kenapa awak tak nak saya?

saya : sebab bila awak ada..saya rasa sedih, sebab awak ingatkan saya pada dia..
rindu : awak kan sayang dia,,

saya : memang saya sayang dia,,
rindu : sebab awak sayang dia lah awak perlukan saya.. kalau awak tak suka saya,maknanya awak tak sayang dia..

saya : tak takkkk..bukan macam tu..
rndu : habis tu,macam mana?

saya : sebab…sebab… saya nak dia selalu dengan saya. sebab tu saya tak perlukan awak. awak tak boleh pun buatkan dia datang dekat saya sekarang.
rindu : awak, awak dengar sini...
“Rindu itu sangat manis bila manusia boleh merasainya, ia datang bila dua manusia berjauhan dan rindu itu melengkapkan rasa sayang yang ada antara mereka...”




Nukilan;Kak Nur Amalina
Edit by;Zim

Thursday, February 9, 2012

my experiance and meet with someone

assalamualaikum...wah dah lama aku tak update blog aq....slamat berjmpa blogger...

  ok..skrang aq nak inform kat smua pmbaca tntng pengalaman hidup aq yg tak dpt aq lupakn dlm hidup aq...
      Akhirnya tamat sudah pepriksaan spm..trasa cpat btul mse berlalu...
slepas tmat je pepriksaan spm,aq wat kputusan utk bekerja smbilan...pda mulanya aq mndapat twaran keje kat the store,tpi dia hnya mmerlukn seorng je..so,abg aq tak dpt..jdi aq pon tolak tawaran tu...secondly,aq dpt tawaran kje di UO...di sana aq bekerja sebagai cashier but abg aq bekerja sbagai SA(yg angkt2 brang tu)aq ksian mlihat abg aq kene angkat brang padahal keje aq snang je....tapi,dngn rezeki ALLAH,tiba2 aq mndapat panggiln drpd pengurus cashier carrefour iaitu akak Roha..hal ini kerana,sbelum aq mndapat twaran keje kat UO,aq terlbih dahulu tlah mmohon kerja smbilan kat carrefour...aq apa tnggu lagi,dgn tidak berfikir pnjang,trus mnerima twarn tersebut..bkan pe,aq mmikirkn perkerjaan abg aq yg mnyiksakn...dahla gaji nya skit..keje smpai 14 jam lak tu...aq bersyukur sngt bila dpt twaran keje smbilan kat carrefour..smua org sdia mklumkn gji carrefour leh than bnyak n keje hnya beberapa jam je...keesokn hrinya,aq ditemu duga oleh akak ida..tmu duga aq lulus..alhamdulillah..dia sruh aq start keje pada hri isnin brikutnya...pada hri isnin,aq start keje,,berdebar rsenya..maklumla hri tersebut mrupakn permulaan aq keje n pengalamn pertama aq terlibat di alam pekerjaan walaupun sambilan...aq di beri latihan slama 3 hri...slepas tiga hri,aq dikhendaki mmbuka kaunter...hahaha...huru-hara diwatnye msa tu...nsib baikla pda hri pertama aq tak kene shortage..lama-kelamaan akhirnya aq sdah biasa ngan kaunter peti wang itu...hahaha...dah pro la kata kn..ok tu psal keje,skrang tntang org yg aq jmpa lak...kat sana aq jmpa rmai rkan2 n abg2 serta akk2 yg baik2 belaka..mreka sngt baik kpd aq n tak mngenal penat lelah utk mlayn kerenah aq...hahaha...tapi ada satu perkara yg pling best,iaitu aq berjmpa ngan akak Amalina...pada mulanya aq segan utk berbual ngan dia..tpi tiba2 lak akak mnegur aq..apa lgi aq malula waktu tu..huhuhuhu...sdar tak sdar dah lama jgak aq mngenali dia...ala,dlm sminggu kot,i think so..aq mrasakn sesuatu pada diri akak,hal ini kerana aq mlihat dia seorng yg bertanggungjawab n seorng yg pnyayng serta baik orgnya..so,aq wat kputusan utk mnjadikn dia akk angkat aq...aq bertrus trang kat dia mse tu...aq brasa gmbira krana dia trima utk aq jdi adk angkat dia..aq bkan pe.maklumla aq mne de akk kndung....dgn ada nye akk angkt,aq dpt mluahkn sgala prasaan yg aq pndam slama ini...bruntung rsenya aq bertemu dngn akak n mnjadikn dia sbagai akak angkt aq..
mmm...rsenye smpai disini je kot yg dpt aq ceritakn...okla,,bye blog,,sbelum itu,aq nak ckp ssuatu...adk syg akk dan trima ksih sbb slalu ambil brat terhadap adk..ok bye..askum...

Tuesday, December 27, 2011

Tragedy in SPM

Assalamualaikum....hai blogger!!!!I want to tell the story about what happen to me while in SPM examination...In 17/11/2011 while SPM examination started that is mathematic subject,all students ready to take the exam..the prefect of SPM examination directed to all the candidate to entered to the examination hall...I`m ready to take out all the stationary necessery and slip.Suddenly,i aware that i forgot to bring my slip exam..In that time i fell so scare and panic.i decided to run to the office to take the copying slip..At office,i meet Tuan HJ Taat and tell him that i want to copying slip...And then he gived to me the slip that i want but with condition,i must to pay RM5..how sad!!!huhuhu....And then i run back to examination hall with fastered and rush like 100 meter runner,,hehehehe....luckly cause exam is not started already...fiuhhhhh...Finally,i entered the examination hall and take a sit...And then exam were started..i answer with relax and luckly i can focus in exam...alhamdulillah..Ok that all i want give the story...i hope you all enjoy to read that and we all together take the instruction that don`t careless anymore...Assalamualaikum.....bye...

Monday, December 19, 2011

Sebab Islam Mengharamkan Makan Daging Khinzir




Video tersebut adalah satu uji kaji yang dijalankan terhadap daging khinzir.
            Itulah sebabnya islam mengharamkan kita makan daging khinzir kerana ia boleh memudaratkan kesihatan kita...

 Dalil yang digunakan dalam kefahaman ini ialah firman Allah S.W.T.:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya ia adalah najis.” (al-An’am, 6:145)


Dengan ini jelaslah bahawa ada hikmahnya islam mengharamkan umat memakan daging khinzir...Renung-renungkanlah!!!!!

Wednesday, September 28, 2011

Pengajaran buatku

Assalamualaikum............
       Hari ini aku ingin menceritakan sesuatu.
                      Semalam aku dan kawan aku digemparkan dengan berita buruk. 
Berita buruknya ialah Ifnie iaitu bdak kelas PA telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
    So,aku dan kwan2 terus melawat dia petang tu....
   Kitorang dapati keadaan dia agak parah.Aku dapat tahu bahawa dia didapati patah tulang belakang.
      Dia msih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri....
Agak ramai jgak member dia yg melawat dia sampai kitorang tak dapat nak tngok.. 
  Nsib baikla kitorang dapat tngok akhirnya..Aku harap dia sembuh cepat sbb dah nak SPM.Marilah kita sama2 doakan dia.Amin.
Jadi,daripada situlah aku ambil pengajaran supaya bawak moto dgn berhati-hati.
  Hrap korang pun sama...sekian wassalam.. 

Tuesday, August 30, 2011

Tips sihat musim perayaan

Assalamualaikum.........

Kali ini zim nak berkongsi tips dengan u all tentang hidup sihat di hari lebaran.
   Di hari lebaran,kita tidak sah jikalau tidak dijemput ke majlis rumah terbuka.Di sana kita dijamu dengan pelbagai juadah dan minuman berkolestrol tinggi seperti rendang daging,sate,lontong,mi rebus dan banyak lagi.Oleh sebab itu,pengambilan makanan berkolestrol tinggi tanpa kawalan dan berlebihan ketika musim perayaan,sekali gus menjadi punca utama masalah kesihatan masyarakat.Antaranya tips untuk kekal sihat ialah:

KURANGKAN;
Gula
~Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk bagi gula tersembunyi.Namun gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga.Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko menghidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.

Garam
~Pengambilan garam secara berlebihan membahayakan kesihatan.Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit.garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi.Pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan.Bahan makanan seperti herba boleh dijadikan pengganti dalam penyedap juadah.

Kurangkan minyak
~Apabila menjelang lebaran,masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan.ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang sedangkan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.Untuk rendang,cuba elakkan menggunakan minyak.Cukup hanya menggunakan santan kerana santan boleh bertindak sebagai minyak.Jadi,apabila minyak dan santan digunakan sekali,ia menyebabkan minyak berlebihan.


LEBIHKAN;
Buah-buahan
~Makanan ini sering dilupakan ketika menghidang juadah semasa lebaran.Gunakan buah-buahan untuk pengganti pemanis mulut.Buah-buahan pelbagai rasa,warna,bentuk dapat menarik tetamu.Buah-buahan kaya vitamin C yang amat diperlukan badan.

Sayur-sayuran
~Sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan zat mineral ini juga boleh dijadikan juadah.Kandunganya amat penting bagi tubuh dan sistem penghadaman.Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol darah.Hidangan sayuran amat penting semasa menikmati juada lebaran kerana dapat mengimbangi diet terutama selkali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam.


RISIKO PENYAKIT;
Antara penyakit pembunuh utama yang berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat:
*Barah otak
*Jantung
*Hipertensi(darah tinggi)
*Hyperlipidemia(lemak darah yang tinggi seperti kolestrol dan tringliserid)
*Barah payu dara
*Barah kolon
*Barah serviks
*Barah prostat
*Barah tulang
*Barah hepar(barah hati)
*Obesiti
*Sindrom Metabolik(berkait dengan perut buncit,lemak darah tinggi,gila darah tinggi dan tekanan darah tinggi)

RISIKO OBESITI;
*Jantung:Obesiti menyebabkan peningkatan beban kerja jantung kerana pertambahan saiz tubuh seseorang menyebabkan jantung bekerja keras mengepam darah ke seluruh jaringan tubuh.
*Paru-paru:Mengalami masalah pernafasan yang disebabkan pengecilan rongga toraks akibat pengumpulan lemak di bahagian rusuk,abdomen dan diafragma.
*Pankreas:Membina kolestrol dan risiko diabetes.
*Pundi hempedu:Berisiko menghidap penyakit batu karang.
*Sendi:Berisiko menghidap gout artriti.Berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan pada sendi,bahagian belakang dan lutut.
Jadi,rajin-rajinlah amalkan gaya hidup sihat dan bersenam.Wassalam......

Friday, August 26, 2011

Hari Raya...............

Mmmmm...............rasa macam cepat je bulan Ramadhan dah nak meninggalkan kita.

   tapi tak per insyaallah kita dapat berjumpa lagi dengan bulan yang mulia ini.
tahun ni aku just beraya one day only cause SPM is close already.....
    so scare..dah macam nak pergi berperang la plak.
ok sebelum itu aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri to all muslim,friends and my beloved family.aku wish raya cepat ni pun sebab aku dah nak balik kampung.so takut not have a time to wish.
  tahun ni aku tak beraya kat sini tapi aku beraya kat kampung..yeaaaaaaaaaaaaaaa.wwwooooooooo baaalik kampunggg.hehehe nyanyi lak dia.okla smpai di sini sajalah yer.hope i have a time to update my blog.sebelum itu dengar pantun aku...

       Bulan ramadhan hendak meninggalkan kita,
       Perasaan sedih mula terasa,
       Hari raya pula kian menjelma,
       Ucapan salam lebaran kepada semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir Dan Batin.I love u all.......Bye.Wassalam..!!!

Saturday, August 20, 2011

Tips untuk menjaga hati pasangan

Tidak mudah untuk setia kepada pasangan.Tetapi tidak bermakna anda tidak boleh berlaku setia sekiranya dia memang anda sayangi dan dia amat menyayangi anda.Pasangan harus memiliki kesetiaan,saling memahami dan hidup penuh kasih sayang sepanjang hayat.Jadi bagaimana memastikan kesetiaan itu?????


*Tanpa timbalan:
Cinta adalah ketulusan hati justeru tidak perlu mengharap yang bukan-bukan demi kesenangan sendiri daripada cinta itu.Misalnya,jangan mengharap dengan mencintai pasangan,anda sering mahukan perhatian yang lebih atau berharap pasangan tidak melakukan kesalahan.semua itu hanya akan menyakitkan hati anda.

*Jangan banyak permintaan:
Jangan cemarkan cinta dengan pelbagai permintaan.Sebaliknya,belajar untuk selalu memberi yang terbaik kepada orang lain termasuk kepada pasangan melalui cinta anda.Hanya dengan cinta tulus,semua itu dapat diwujudkan.Terlalu banyak meminta hanya akan berakhir pada kepentingan peribadi sehingga tidak mampu menambahkan kematangan dalam perhubungan.Malah mungkin mampu menghancurkan jalinan kasih sayang anda.

*Jangan takut dikecewakan:
Mungkin ini sangat sukar dilakukan.Biasanya,setiap orang selalu mengindari rasa kecewa dan ingin hidup senang tanpa sebarang halangan.Untuk tetap setia kepada cinta,jangan takut dikecewakan.Pasti sesekali ada pertengkaran kecil yang membuatkan hati terluka namun jangan takut kerana ia dapat mendewasakan diri daripada kekecewaan kecil sebegitu.Apabila anda sudah mampu menghadapi situasi sukar ini,anda tetap akan setia terhadap cinta.

*Jadilah penghibur yang baik:
Tempat cinta adalah hati.Bila hati sedang terluka,seseorang memerlukan hiburan.Begitu pula bila hati pasangan sedang berduka,hiburkan dia.Cinta anda akan menggerakkan diri untuk menghiburkan dan menjadi penguat semangat untuk si dia.

*Fahami sepenuh hati:
Manusia tidak selalu berada dalam situasi yang mudah.Pasangan mungkin dalam kekecewaan,muram,putus asa atau gagal.Justeru,anda harus memahami hati pasangan dengan sepenuh hati tetapi bukan memburukkan lagi perasaannya.Misalnya,anda merungut mengenai kegagalannya atau menyalahkannya.Jauhkan diri anda daripada bersikap sedemikian.Jika anda cuba memahami hatinya,pasangan akan lebih mencintai.

*Bersyukur:
Jangan mengeluh dan mengumpat apabila anda gagal,berduka atau kecewa.Ucapkan syukur atas kurniaan itu dan penuhi hari dengan pelbagai pengalaman hidup.Bersyukur akan membuatkan anda tetap setia dalam cinta.Kekalutan hidup tidak akan membuat jiwa anda kerdil.Sebaliknya,anda akan semakin tabah dan hubungan kasih dengan pasangan akan semakin kukuh.

KITA HENDAKLAH MEMAHAMI DAN MENYAYANGI PASANGAN KITA.
`LOVE MUST HAVE TO SACRIFICE WHEN WANT IT BE STRENGTH AND SUCCESS`

Birthday Amer

Assalamualaikum............


Alhamdulillah.....finally aku dapat juga update my blog cause before that aku ada gerak gempur.
        kali ni aku nak cite tentang the last month situation.It`s about birthday Amer,my best friend.


Mula-mula,aku,haziq,amin,ucop,mirul and Irman plan untuk buat something kat Amer iaitu baling tepung kat dia.Yela macam biasa orang buat bila hari jadi seseorang.Tapi,kitorang buat lain sikit iaitu baling tepung dengan telur.hahahah....memang wangi kalau kene.


By the way,aku,haziq,ucop,amin n mirul ada plan tersendiri.Kitorang plan iaitu selepas baling kat amer,kitorang nak baling kat irman biarpun birthday dia dah lepas.


        Memang patut pon dia kene.Yela selalu kene kan orang.The moment is my birthday,dia dah kenekan aku,ni dia pulak yang kene.hahahaha............jahat betul aku.


Nasib baik plan kitorang jadi.bengang betul irman waktu tu.malahan dia membebel.hehehe.........Itu kiranya kitorang celebrate sekali birthday dia although dah lepas.Ok thats all.Hope i have a time to update my blog again.By the way happy birthday to amer n irman.Wassalam.


      

Sunday, July 31, 2011

Bersahur dan berpuasa

Alhamdulillah...............allah telah memanjangkan umur kita untuk bertemu dengan bulan ramadhan kali ini.
               Hari ini merupakan hari pertama sahur dan berpuasa..kenyang rasanye selepas bersahur.
    mmmm.......siapa nak dengar pantun aku/????dengar ye..


bulan yang di tunggu bulan ramadhan,
bulan yang di sambut semua umat,
ibadat puasa wajib kita tunaikan,
selamat berpuasa aku ucapkan.


      hebat tak aku reka pantun ini.hehehehe...berlagak lak die..okla sampai disini je.Harap korang tak ponteng puasa la ye k wassalam..

Saturday, July 30, 2011

Berada di UTHM

wahhhhhhh......aku taip blog dengan menggunakan komputer ini di library Universiti Tun Hussein Onn.best betul.hehehe....
    jangan jealous yer.aku berada di sini pun sebab ada seminar score A in additional mathematics.
ok la sampai sini je.wassalam.

Friday, July 29, 2011

LOVE IS BEAUTIFUL

Sometime the person that we know,like with me without we realize.
                Sometime the person that we assume has only best friend,fall in love with me.
Sometime the person always hit or disturb us,is cause want we know that him/her love with me.
                Indeed we can`t read the heart content anybody except we have a power like a psychic person. Love not recognize someone is a best friend,ordinary friend,enemy or anybody.



Everybody want love in their life.
              Love need to sacrifice to get more well to own it.
Love can`t to sell or buy easierly.
              Let alone we far away with the person that we love,love can`t lost in heart.
Love  everlasting is come from heart that a honest.



Let alone the destiny decide we separate with our beloved person that we love so much,we will remember that the beautiful memory with him.

"Love is a inspiration source that need to sacrifice to own it and want with well"





Thursday, July 28, 2011

cerpen-terima kasih cikgu

TERIMA KASIH CIKGU

Jam 5.25 pagi,kedengaran seruan azan berkumandang di surau berdekatan dengan rumah Rosli.Ibu Rosli,Salmah selalu bangun awal untuk pergi bekerja.
    “Nak,bangun pergi mandi dan bersiap untuk ke sekolah”,Salmah mengejut Rosli.Rosli bangun dan terus mengambil tuala lalu masuk ke bilik air untuk mandi.
    “Sejuk betul air ni!”Rosli menggigil-gigil setelah keluar daripada bilik air.Selepas menunaikan solat subuh,Rosli terus bergegas untuk bersiap ke sekolah.
    “Ibu,Rosli pergi ke sekolah dulu”,Rosli mencium tangan Salmah.
    “Baiklah nak,hati-hati ke sekolah”,nasihat Salmah.
    Rosli merupakan anak yatim piatu yang kehilangan bapanya.Bapanya,Ismail meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung.Waktu itu,Rosli baru berusia tiga tahun.Rosli merupakan anak tunggal.Rosli dan Salmah merupakan seorang yang miskin.Salmah hanya bekerja di sebuah kilang perabot.Salmah juga mengambil upah menjahit bagi menambahkan lagi pendapatannya untuk menyara kehidupan keluarganya dan perbelanjaan persekolahan Rosli.
    Rosli terpaksa ke sekolah dengan hanya berjalan kaki.Jarak di antara rumah Rosli dengan sekolah ialah lebih kurang 5 km.Setelah sampai di sekolah,Rosli terus masuk ke kelasnya yang terletak di blok Rahman.
    “Selamat pagi kawan-kawan!”sambil Rosli berjabat tangan dengan sahabatnya
    “Selamat pagi Rosli!”sahut rakan-rakanya.
    “Mula-mula subjek apa Karim?”tanya Rosli kepada rakan yang duduk di sebelahnya.
    “Kalau tak silap aku Bahasa Melayu,”jawab Karim sambil menyemak jadual waktu belajar untuk kepastian.Loceng berbunyi menandakan bahawa waktu pembelajaran bermula.
    Bersempena dengan tahun baru untuk persekolahan,Rosli berazam untuk rajin belajar kerana tahun ini merupakan tahun penting dalam hidup Rosli.Dia akan menduduki peperiksaan SPM.
   “Selamat sejahtera,pelajar”,Cikgu Suhaila yang merupakan cikgu Bahasa Melayu memberi salam kepada pelajar setelah masuk ke kelas dan terus memulakan pengajaran.
    “Salam sejahtera cikgu”,balas pelajar.
    Loceng berbunyi sekali lagi sebanyak dua kali dan kali ini menandakan loceng waktu rehat.Semua pelajar ke kantin untuk membeli makanan kecuali Rosli.Dia tidak pergi ke kantin kerana dia tidak mempunyai duit untuk membeli makanan.Rosli duduk berseorangan di pondok.Rosli diperhatikan oleh Cikgu Ramli yang merupakan guru Bahasa Inggeris bagi kelas Rosli.
    “Rosli,kenapa kamu tidak pergi ke kantin?”tanya Cikgu Ramli kepada Rosli.
    “Sebenarnya cikgu....saya tidak ada duit untuk membeli makanan,”Rosli memberitahu dengan rasa malu.
    Dengan rasa simpati ,Cikgu Ramli memberi duit kepada Rosli supaya dia membeli makanan.
    “Nah ambil duit ni,pergi beli makanan”,pelawa Cikgu Ramli.Pada mulanya Rosli tidak mahu menerima akibat malu dan segan terhadap Cikgu Ramli.Tetapi akhirnya dia terima.
“Terima kasih banyak cikgu.Semoga cikgu di murahkan rezeki”,Rosli berterima kasih kepada Cikgu Ramli sambil menitiskan air mata.
“Sama-sama Rosli.Kamu harus makan supaya kamu dapat tumpukan pelajaran”,nasihat Cikgu Ramli terhadap Rosli.
     Selepas dua bulan berlalu,Rosli semakin tekun belajar dan bersedia untuk menghadapi ujian bulanan.Setelah ujian bulanan berakhir dan semua cikgu selesai menanda kertas ujian tersebut Rosli tidak sabar untuk menunggu keputusan.Rosli mendapat keputusan yang baik kecuali bahasa inggeris.Rosli sangat lemah dalam bahasa inggeris.
    “Harap kamu berusaha dengan gigih lagi terhadap subjek ini”,nasihat Cikgu Ramli.
    “Baik cikgu”,balas Rosli.
    Waktu pembelajaran berjalan seperti biasa setelah selesai ujian bulanan.Semua guru sibuk menyemak semula kertas ujian bersama dengan pelajar supaya pelajar dapat mengetahui kesilapan.”Saya hendak kamu semua buat pembetulan di dalam buku latihan”,arahan Cikgu Azma iaitu cikgu sejarah yang merupakan waktu dia mengajar.”Baik,cikgu”,balas pelajar.Cikgu Azma terus duduk selepas memberikan tugasan kepada pelajar.
    “Assalammualaikum,Cikgu Azma”,Cikgu Ramli memberi salam daripada luar kelas dengan mulut tercungap setelah bergegas ke kelas Rosli.
    “Walaikummussalam Cikgu Ramli,ada apa cikgu?”Cikgu Azma bertanya Cikgu Ramli apakah niat dia datang ke kelas tersebut.
    “Maaf cikgu, sebab mengganggu cikgu mengajar.Tujuan saya datang  ke sini adalah ingin berjumpa Rosli”.Rosli terus diberi keizinan daripada Cikgu Azma  untuk berjumpa dengan Cikgu Ramli.
    “Rosli,saya ingin berjumpa dengan awak adalah untuk menyampaikan berita kepada awak,harap awak bersabar”,Cikgu Ramli memegang bahu Rosli.
    “Sebenarnya,saya diberi tahu bahawa ibu awak terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu dia pulang daripada kerja dan sekarang mendapat rawatan di hospital.”Cikgu Ramli memberitahu dengan nada yang perlahan.
    “Apa cikgu!!!”,Rosli menjerit lalu mengalirkan air mata.
    Cikgu Ramli terus mengajak Rosli pergi ke hospital untuk dengan keizinan pengetua.Setelah sampai di hospital Rosli terus bergegas ke wad kecemasan dan berjumpa dengan doktor yang merawat ibunya,Salmah.
    “Doktor,apa yang telah terjadi dengan ibu saya,”Rosli bertanya dengan doctor tergesa-gesa.
    “Harap adik bersabar,ibu adik terlibat dengan kemalangan yang agak teruk sehingga menyebabkan ibu adik tidak boleh berjalan.”Doktor tersebut menerangkan kepada Rosli tentang apa yang telah berlaku kepada ibunya.
    Setelah sebulan berlalu,Rosli sudah mula kerap tidak hadir ke sekolah.Akhirnya,Rosli membuat keputusan untuk berhenti sekolah.Sewaktu di sekolah,Cikgu Ramli sedang mengajar di kelas Rosli lama.
    “Di mana Rosli dan kenapa dia sudah seminggu tidak hadir ke sekolah?”Cikgu Ramli bertanya kepada Karim.
    “Rosli sudah berhenti sekolah,cikgu”,Karim memberitahu Cikgu Rosli.Selepas tamat sekolah,Cikgu Ramli terus pergi ke rumah Rosli.
    “Assamualaikum,”Cikgu Ramli memberi salam.
    “Walaikummussalam,Cikgu Ramli rupanya.Silakan masuk cikgu,”Rosli mengajak Cikgu Ramli masuk ke dalam rumahnya.
    “Kenapa kamu berhenti sekolah Rosli?Kamu tahukan kamu akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini,”Cikgu Ramli bertanya kepada Rosli dengan muka yang serius.
    Rosli tunduk dan rasa bersalah.
    “Sebenarnya cikgu,saya behenti sekolah sebab saya terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan saya dan ibu saya memandangkan ibu saya tidak boleh bekerja lagi,”Rosli sekadar menundukkan kepalanya.
    “Begitu rupanya,kalau macam tu saya akan berusaha untuk mendapat awak biasiswa sekolah asalkan awak mahu untuk ke sekolah dan menduduki peperiksaan SPM.Tentang masalah ibu awak,saya akan uruskan,”Cikgu Ramli memegang bahu Rosli.
    “Baik sungguh hati cikgu.Tidak dapat saya hendak balas”,Rosli berasa bersyukur kerana Cikgu Ramli sanggup  menolong dia.
    “Tidak mengapa Rosli,saya tolong awak dengan ikhlas dan saya sudah menganggap awak sebagai adik saya.Saya ingin melihat awak berjaya dan dapat mengubah hidup awak.Saya berjanji akan mengajar awak bahasa inggeris yang awak lemah itu sehingga awak pandai,”Cikgu Ramli tersenyum melihat Rosli.
    Hari ini sudah tiba saat debaran untuk semua pelajar tingkatan lima untuk mengambil menghadapi peperiksaan SPM.Semua pelajar tingkatan bersedia untuk masuk ke dewan peperiksaan,termasuklah Rosli.
    “Saya doakan awak tenang semasa menjawab kertas soalan tersebut,”kata Cikgu Ramli kepada Rosli.
    “Terima Kasih cikgu,”kata Rosli.
    Selepas selesai peperiksaan SPM,semua pelajar berasa lega dan hanya menunggu keputusan keluar tiga bulan lagi.Setelah tiga bulan berlalu,kini tibalah lagi saat debarann kali kedua iaitu ketika mengambil keputusan.Rosli dan Salmah yang hanya duduk di kerusi roda pergi bersama untuk mengambil keputusan Rosli.
    “Alhamdulillah ibu,Rosli telah mendapat 10A”Rosli lantas memeluk ibunya dan menangis kegembiraan  
    “Syukurlah kepada Allah dan tahniah nak,”Salmah menitiskan air matanya.
    “Tahniah Rosli.Kini kamu telah pun membalas budi cikgu.Cikgu berasa bangga dengan kamu ”Cikgu Ramli memeluk Rosli.
    “Terima kasih banyak cikgu sebab telah banyak membantu saya dan ibu saya serta mengajar saya sampai saya berjaya,”kata Rosli sambil dia mengelap air matanya.
    Akhirnya,Rosli melanjutkan pelajarannya ke Pusat Pengajian Matrikulasi dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk mengambil bidang perubatan.